Mencari Redha Illahi

Mencari Redha Illahi

Thursday 26 September 2013

MANUSIA yang sempit AKALnya..

Masalah bagi segelintir manusia adalah, apabila terdapat rakan mereka yang mahukan perubahan, pasti mereka mengutuk, mengejek, dan mencerca..mereka selalu down-kan orang yang hendak berubah jadi lebih baik..



"tidak perlu menjadi baik. Lagipun, kamu sudah tidak mempunyai harapan untuk turut serta dengan orang-orang yang baik."..

"kamu jangan tunjuk bagus sangat.dunia belum terbalik lagi"..

"memang hipokrit. kalau jahat, jahat juga..mengapa perlu jadi baik?"..


inilah ayat yang sering keluar dari mulut golongan manusia yang sempit akalnya..mereka tidak tahu azab Allah menunggu di akhirat kelak...ini adalah penyakit kronik yang ada dalam masyarakat kita. apabila melihat sahabat yang baik, mereka tidak senang, rasa sempit, dan gusar...mereka ini mewarisi sikap makhluk yang dijanjikan neraka Allah..makhluk apa??..

IBLIS..
iblis, syaitan, dan konco-konconya berasa sempit hati, gusar apabila ternampak manusia bergerak ke arah kebaikan. mereka rasa bengang, marah den bengkeng apabila melihat manusia berbuat kebaikan...tujuan mereka hidup di dunia ini jadi semakin terganggu. semasa mereka di campak keluar dari syurga, mereka bersumpah kepada Allah swt untuk menyesatkan anak adam..

Allah menjelaskan dalam surah Al-A'raf, ayat 16 hingga ayat 17 yang bermaksud,


"iblis berkata.'oleh kerana Engkau telah menyebabkan aku tersesat, sesungguhnya aku mengambil tempat menjadi penghalang mereka daripada jalan-Mu yang lurus. kemudian, ak udatangi mereka dari harapan serta belakang mereka dan dari kanan serta kiri mereka. Engkau pasti mendapati tidak ramai daripada mereka yang bersyukur


tetapi mereka tidak faham sekiranya kita bercakap dan menerangkan kepada pengutuk dan orang yang mengeji itu. oleh sebab itu, kepada mereka yang membaca blog ini, jadikan ini sebagai inspirasi dan kekuatan kepada yang mahukan perubahan pada diri sendiri..supaya terus bersabar dan tabah. mahu kembali kepada fitrah, adalah tidak hipokrit...



dan kepada yang mahu membuat perubahan, jangan berasa susah hati sekiranya ada masanya kita jatuh semula..ini adalah adat dalam kehidupan manusia..iman selalu turun dan naik. tidak ada manusia yang baru menyedari kesalahannya, terus menjadi baik seperti malaikat.

ketahuilah, kepada orang yang hendak berubah, Allah begitu mencintai kita semua.

Allah swt menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud, 

"sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri"




6 comments:

  1. Menarik..
    Kita sebagai insan biasa, x sempurna sepatutnya beri sokongam, dorongan kpd mereka yg nk berubah..
    Bkn lemahkan semangat die org, kire ok die org trgerak ati nk berubah..
    Dapat hidayah dh tu, dh dijentik hatinya oleh Sang Pencipta..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulilah perkongsian yang sgt bagus..sesungguhnya Allah maha pengampun terhadap umatnya yang bertaubat..subhanaallah sungguh Allah mencintai hamba-Nya yg bertaubat..marilh kita same2 dekatkn diri kita kepadayang berkuasa...cinta Allah cintayg hakiki..terimekasih ats perkongsian ini.

    ReplyDelete
  3. sesungguhnya Allah mencintai memreka yg sering bertaubat & membersihkan diri.. -semOga kita sentiasa di bawah keredhaanNya dan sentiasa mengingati akanNya .. =')

    ReplyDelete
  4. kalau menjadi manusia,jgnlah mnjd manusia yang biasa2,jdlah manusia yg kuar biasa..gah jiwanya,kental imannya, tertib solatnya,AQ juadahnya, telus jiwanya dan lurus imannya...InshaaAllah sma2kita yuh....ermm,bgus postingnya...keep it up dear...^_^v

    ReplyDelete
  5. Kalau niat di hati betul2 nak berubah , Allah akan hantar orang orang baik untuk berubah.
    InsyaAllah, tapi kena tanamkan dalam diri, jalan kebaikan bukan mudah.
    thanks admin :)

    ReplyDelete