Mencari Redha Illahi

Mencari Redha Illahi

Thursday 26 September 2013

MANUSIA yang sempit AKALnya..

Masalah bagi segelintir manusia adalah, apabila terdapat rakan mereka yang mahukan perubahan, pasti mereka mengutuk, mengejek, dan mencerca..mereka selalu down-kan orang yang hendak berubah jadi lebih baik..



"tidak perlu menjadi baik. Lagipun, kamu sudah tidak mempunyai harapan untuk turut serta dengan orang-orang yang baik."..

"kamu jangan tunjuk bagus sangat.dunia belum terbalik lagi"..

"memang hipokrit. kalau jahat, jahat juga..mengapa perlu jadi baik?"..


inilah ayat yang sering keluar dari mulut golongan manusia yang sempit akalnya..mereka tidak tahu azab Allah menunggu di akhirat kelak...ini adalah penyakit kronik yang ada dalam masyarakat kita. apabila melihat sahabat yang baik, mereka tidak senang, rasa sempit, dan gusar...mereka ini mewarisi sikap makhluk yang dijanjikan neraka Allah..makhluk apa??..

IBLIS..
iblis, syaitan, dan konco-konconya berasa sempit hati, gusar apabila ternampak manusia bergerak ke arah kebaikan. mereka rasa bengang, marah den bengkeng apabila melihat manusia berbuat kebaikan...tujuan mereka hidup di dunia ini jadi semakin terganggu. semasa mereka di campak keluar dari syurga, mereka bersumpah kepada Allah swt untuk menyesatkan anak adam..

Allah menjelaskan dalam surah Al-A'raf, ayat 16 hingga ayat 17 yang bermaksud,


"iblis berkata.'oleh kerana Engkau telah menyebabkan aku tersesat, sesungguhnya aku mengambil tempat menjadi penghalang mereka daripada jalan-Mu yang lurus. kemudian, ak udatangi mereka dari harapan serta belakang mereka dan dari kanan serta kiri mereka. Engkau pasti mendapati tidak ramai daripada mereka yang bersyukur


tetapi mereka tidak faham sekiranya kita bercakap dan menerangkan kepada pengutuk dan orang yang mengeji itu. oleh sebab itu, kepada mereka yang membaca blog ini, jadikan ini sebagai inspirasi dan kekuatan kepada yang mahukan perubahan pada diri sendiri..supaya terus bersabar dan tabah. mahu kembali kepada fitrah, adalah tidak hipokrit...



dan kepada yang mahu membuat perubahan, jangan berasa susah hati sekiranya ada masanya kita jatuh semula..ini adalah adat dalam kehidupan manusia..iman selalu turun dan naik. tidak ada manusia yang baru menyedari kesalahannya, terus menjadi baik seperti malaikat.

ketahuilah, kepada orang yang hendak berubah, Allah begitu mencintai kita semua.

Allah swt menjelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 222 yang bermaksud, 

"sesungguhnya Allah mencintai mereka yang sering bertaubat dan membersihkan diri"




Wednesday 25 September 2013

Jangan salahkan TUHAN...




"Sudah  takdir, tidak dapat berbuat apa-apa lagi."

"Allah sudah takdirkan saya seperti ini."

"Saya sudah tidak dapat berubah, lagipun saya sudah di takdirkan menjadi jahat"

"saya ini bodoh. walaupun belajar bersungguh-sungguh, tetapi masih kekal bodoh"

Kita sudah biasa mendengar kata-kata ini, sama ada keluar dari mulut orang lain ataupun mulut kita sendiri. Kesilapan kita sendiri, tapi kita pula yang menyalahkan Allah swt dalam segenap hal..
kita beranggapan Allah sudah takdirkan kita menjadi jahat, bodoh, tidak dapat berubah dan sebagainya..sedangkan kita tidk tahu apa yang Allah swt takdirkan untuk kita..

jadi..jangan salahkan Allah swt..

lihat dan nilai diri kita sendiri..

Sesungguhnya, Allah swt maha penyayang,
Allah swt mempunyai ilmu yang sangat luas. kasih sayangNya kepada kita juga sangat luas..antara kasih sayang-Nya adalah, Allah tidak menjelaskan ilmu-Nya yang luas itu kepada manusia. contohnya, ilmu Allah  swt. berkenaan perkara-perkara masa hadapan. Allah tidak memberitahu dan menceritakan kepada kita..ini kerana, sekiranya kita mengetahuinya apa yang yang akan terjadi kelak, terputus segala harapan dalam kehidupan manusia..dan manusia yang kehilangan ikhtiar sama seperti mayat yang berjalan.

ini kerana, mereka tidak mempunyai ruang untuk berusaha..

tetapi, Allah tidak memberitahu kita berkenaan masa hadapan dan aa yang terjadi kepada kita..tapi mewujudkan kepada kita suatu kuasa bernama ikhtiar ataupun pilihan.

Allah swt memberikan kita pilihan..kemudian kita berusaha
dengan ikhtihar yang Allah kurniakan kepada manusia, manusia berhak memilih..tidak ada paksaan. tapi kita perlu tahu setiap pilihan yang kita buat ada kesannya.

Allah swt  menerangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 256 yang bermaksud



"tidak ada paksaan dalam agama islam. Sungguh nyata kebenaran islam daripada sebarang kesesatan. oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan taghut dan dia beriman kepada Allah, sesungguhnya, dia berpegang kepada simpulan tali agama yang teguh. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."







Tuesday 24 September 2013

Sungguh, MATI adalah motivasi...




Mengingati mati bukanlah bermaksud mahu mati dengan cepat...
Tetapi ia adalah persediaan. Memikirkan kematian, membuatkan saya mendapat sesuatu yang boleh di jadikan motivasi untuk diri dan hati.

       mengingati mati juga menjadikan kita menghargai kehidupan..

sesiapa yang memahami hakikat kematian dan menyedari seni kematian yang sebenar, pasti akan bermati-matian berusaha dalam hidup mereka. Mati adalah satu pintu yang terbuka luas apabila tiba masanya. dan pintu itu tertutup rapat dan tidak terbuka lagi...bermakna orang yang mati tidak akan hidup kembali..:)..
hidup itu dua kali. Mati hanya sekali saje..
Hidup kali kedua di putuskan balasannya dengan apa yang kita lakukan selama kehidupan yang kita jalani di dunia ini.

kita yang masih hidup, kenapa tidak memikirkannya???
sungguh, kematian adalah motivasi yang hebat untuk kita..


Allah menyatakan dalam surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud,



"setiap yang bernyawa pasti merasai mati. pada hari kiamat sahaja, disempurnakan balasan kamu. ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga, sesungguhnya ia berjaya. Ingatlah kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya. Tidak lain, hanya kesenangan untuk orang-orang yang terpedaya."


    Mati tidak dapat dijangka. Pada bila-bila masa sahaja diri dijemput pergi... tak kira      Pagi..Petang..siang..dan malam..
ketika kita berjalan, memandu, tidur dan ketika membuang air pun malaikat boleh mencabut nyawa kita..
tua atau muda..MATI tidak mengenal usia..
Alangkah indahnya mereka yang memahami seni dalam kematian. halus dan tersembunyi..Kita juga tahu, alam yang wujud selepas mati adalah alam barzakh, padang masyar, syurga dan neraka..kita yang hidup di atas muka bumi ini akan mengalami alam rahsia ini.. 

sekiranya kita menyedari hakikat kematian, pasti kita tidak mahu melepaskannya.

Allah menerangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 28 yang bermaksud,



"bagaimana kamu tergamak kufur dan mengingkari Allah, Padahal kamu dahulunya mati iaitu belum lahir. kemudian, Dia menghidupkan kamu. lalu, Dia mematikan kamu dan Dia menghidupkan kamu pada hari akhirat. Akhirnya, kamu dikembalikan kepada-Nya bagi diberi balasan atas segala yang kamu kerjakan"



kebahagiaan yang Sebenar..



kebahagiaan yang sebenar..
kewujudan harta, memiliki isteri yang cantik, suami yang kacak, rumah besar, kereta mewah, pangkat yang tinggi,dan anak-anak yang ramai bukan pengukur kepada kebahagiaan. kebahagiaan melembutkan jiwa kita berasa tenang. ia wujud apabila kita mendekati Allah swt iaitu pencipta kepada ketenangan.

dalam surh Ar-Ra'ad ayat 28 yang bermaksud,

"ketahuilah, dengan mengingati Allah, hati-hati kita menjadi tenang"


Dengan mentaati Allah dapat mengisi jiwa yang kosong. melakukan segala perintah-Nya membuatkan hati kita sentiasa berasa senang tidak terkata. walaupun mempunyai wang yang sediki, hidup tetap bahagia...walaupun berpangkat rendah sekalipun, kita tetap melakukan kerja dengan bersungguh-sungguh dan ceria. Ini kerana, hati kita sudah memadai dengan Allah swt. Kita hanya berasa tidak cukup dengan amalan kita kepada Allah swt dan dedikasi kita kepada-Nya.

kehidupan di dunia yang Dia berikan kepada kita, membuatkan kita sentiasa berasa cukup. tidak timbul perasaan hasad dengki pada kemewahan orang lain. tidak timbul cantas mencantas dalam merebut jawatan. Tidak terfikir hendak menggatal dengan pasangan orang. tidak terfikir mahu mengecewakan anak-anak. Tidak terlintas mahu berhutang semata-mata hendak kelihatan mewah.

       tempat kebahagiaan adalah jiwa..

apabila jiwa kita bahagia, segala material yang wujud di sisi kita membuatkan kita bahagia. mereka yang taat dan tunduk pada setiap suruhan Allah swt, akan di tambahkan lagi nikmat-nikmat untuk mereka. ini kerana, mereka sentiasa bersyukur dan mendekati Allah swt dalam segenap kehidupan seharian

Allah swt menegaskan dalam surah Ibrahim, ayat 7 yang bermaksud,


                         


"ingatlah ketika Rabb kamu menyeru , ' sekiranya kamu bersyukur, aku tambahkan kamu nikmat dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab Aku pedih sekali"








sejenak kita menziarahi neraka Allah...


Neraka...sering kita mendengar alam ghaib ini. Manusia yang hidup di dunia yang tidak mengamalkan 'amar ma'ruf nahi mungkar' akan mendapat azab Allah seperti mana yang Allah janjikan.

kita memohon kepada Allah swt. supaya Dia tidak menghumbankan kita kedalamnya. kita memohon kepada Allah swt. supaya kita langsung tidak di sentuhinya. sesungguhnya, itu adalah seburuk-buruk tempat seksaan yang dasyat.

mereka yang berdosa serta melakukan larangan-Nya dan tidak mahu bertaubat dan menyesal, neraka adalah jawapannya...

Allah menerangkan dlam surah Al-Baqarah ayat 39 yang bermaksud,


"ada pun orang-orang kafir dan mereka yang mendustakan ayat-ayat kami, mereka adalah daripada kalangan ahli neraka. mereka kekal di dalamnya.."


    ramai yang berfoya-foya dan alpa di dunia ini..

mereka berasa esok sentiasa ada. mereka menangguhkan taubat, melambat-lambatkan usaha melakukan kebaikan. terlupa pada suatu ketika kelak, pasti makhluk bernama maut datang menyapa. tidak ada yang layak menceritakan dan menggambarkan kedasyatan neraka ini, melainkan Tuan kepada neraka.jangan kita menyangka apabila kita melihat neraka yang Allah swt, sediakan kepada kita, kita akan dapat meminta dan merayu kepada Allah untuk kembali kedunia untuk beramal soleh..

tidak ada yang lebih layak menceritakan dan menggambarkan kedasyatan nerakai ni, melainkan Tuan kepada neraka. jangan kita menyangka, apabila kita melihat neraka Allah swt sediakan kepada kita, kita dapat meminta dan merayu kepada Allah untuk kembali ke dunia untuk beramal soleh.





Sunday 22 September 2013

kembali kepada Allah sebenar-benarnya...





Sungguh besar kasih sayang Allah kepada manusia,

           dia tidak pernah memaksa...


Tetapi dengan lembut dan penuh berhikmah, Allah memberikan kita amaran. Dengan kuasa-Nya, Allah mampu membuatkan semua makhluknya beriman kepada-Nya. Dia mahu menguji hambanya dan memberikan mereka ikhtiar.


      Allah menegaskan dalam surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud,

"dia yang mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun untuk golongan yang bertaubat"


Allah tidak memaksa kita mentaatiNya ataupun tidak, hendak berjaya ataupun tidak, Tetapi Allah menceritakan keburukan tidak memtaati -Nya dan keburukan apabila memilih kegagalan. 

oleh itu, Allah melarang sesiapa sahaja yang mentaatiNya , berputus asa. ini kerana, berputus asa adalah antara jalan dalam pilihan tidak. sesiapa yang berputus asa sentiasa memilih mahu kebaikan. 

       ini antara kasih sayang Allah yang besar untuk manusia,


       kita yang memilih, 


       namun balasan tetap wujud pada pilihan kita...


berbalik pada diri kita, adakah kita percaya atau pun tidak dengan balasan terhadap kita.