Mencari Redha Illahi

Mencari Redha Illahi

Tuesday 24 September 2013

Sungguh, MATI adalah motivasi...




Mengingati mati bukanlah bermaksud mahu mati dengan cepat...
Tetapi ia adalah persediaan. Memikirkan kematian, membuatkan saya mendapat sesuatu yang boleh di jadikan motivasi untuk diri dan hati.

       mengingati mati juga menjadikan kita menghargai kehidupan..

sesiapa yang memahami hakikat kematian dan menyedari seni kematian yang sebenar, pasti akan bermati-matian berusaha dalam hidup mereka. Mati adalah satu pintu yang terbuka luas apabila tiba masanya. dan pintu itu tertutup rapat dan tidak terbuka lagi...bermakna orang yang mati tidak akan hidup kembali..:)..
hidup itu dua kali. Mati hanya sekali saje..
Hidup kali kedua di putuskan balasannya dengan apa yang kita lakukan selama kehidupan yang kita jalani di dunia ini.

kita yang masih hidup, kenapa tidak memikirkannya???
sungguh, kematian adalah motivasi yang hebat untuk kita..


Allah menyatakan dalam surah Ali Imran, ayat 185 yang bermaksud,



"setiap yang bernyawa pasti merasai mati. pada hari kiamat sahaja, disempurnakan balasan kamu. ketika itu, sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan di masukkan ke syurga, sesungguhnya ia berjaya. Ingatlah kehidupan di dunia ini meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya. Tidak lain, hanya kesenangan untuk orang-orang yang terpedaya."


    Mati tidak dapat dijangka. Pada bila-bila masa sahaja diri dijemput pergi... tak kira      Pagi..Petang..siang..dan malam..
ketika kita berjalan, memandu, tidur dan ketika membuang air pun malaikat boleh mencabut nyawa kita..
tua atau muda..MATI tidak mengenal usia..
Alangkah indahnya mereka yang memahami seni dalam kematian. halus dan tersembunyi..Kita juga tahu, alam yang wujud selepas mati adalah alam barzakh, padang masyar, syurga dan neraka..kita yang hidup di atas muka bumi ini akan mengalami alam rahsia ini.. 

sekiranya kita menyedari hakikat kematian, pasti kita tidak mahu melepaskannya.

Allah menerangkan dalam surah Al-Baqarah, ayat 28 yang bermaksud,



"bagaimana kamu tergamak kufur dan mengingkari Allah, Padahal kamu dahulunya mati iaitu belum lahir. kemudian, Dia menghidupkan kamu. lalu, Dia mematikan kamu dan Dia menghidupkan kamu pada hari akhirat. Akhirnya, kamu dikembalikan kepada-Nya bagi diberi balasan atas segala yang kamu kerjakan"



4 comments:

  1. kematian... bila2 masa saje boleh terjadi,,tidak mengira umur,jantina,bangsa dan sebagainya... ajal menjemput tidak pernah awal sesaat @ lewat sesaat... semuanya rahsia ALLAH SWT... ingt mati boleh menginsafkan kita... berusaha mencapai keredhaanNya selagi belum terlerai nyawa dari badan... blog yg menarik...teruskan lah berkongsi isi2 yg menarik spt ini... gd luck...

    ReplyDelete
  2. marilah kita sama2 muhasabah diri... marilah kita bertaubat & berusaha mencari keredhaanNya sebelum terlmbt... subhanallah.... perkongsian yg menarik...

    ReplyDelete
  3. kematian . sesuatu yang bOleh m'insafkan diri & m'berikan rasa yg tidak keruan di hati .. semoga kita semua mati di dalam keadaan Husnul Khotimah .. =')

    ReplyDelete
  4. benar,, mati itu pasti...perkongsian yang cukup bernas.. byk menyedarkan kita tentang perkara yg pasti ini..keep it up:)

    ReplyDelete