Mencari Redha Illahi

Mencari Redha Illahi

Sunday 22 September 2013

kembali kepada Allah sebenar-benarnya...





Sungguh besar kasih sayang Allah kepada manusia,

           dia tidak pernah memaksa...


Tetapi dengan lembut dan penuh berhikmah, Allah memberikan kita amaran. Dengan kuasa-Nya, Allah mampu membuatkan semua makhluknya beriman kepada-Nya. Dia mahu menguji hambanya dan memberikan mereka ikhtiar.


      Allah menegaskan dalam surah Al-Mulk, ayat 2 yang bermaksud,

"dia yang mentakdirkan adanya mati dan hidup bagi menguji dan menzahirkan keadaan kamu. Siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya dan Dia Maha Kuasa membalas amal kamu, lagi Maha Pengampun untuk golongan yang bertaubat"


Allah tidak memaksa kita mentaatiNya ataupun tidak, hendak berjaya ataupun tidak, Tetapi Allah menceritakan keburukan tidak memtaati -Nya dan keburukan apabila memilih kegagalan. 

oleh itu, Allah melarang sesiapa sahaja yang mentaatiNya , berputus asa. ini kerana, berputus asa adalah antara jalan dalam pilihan tidak. sesiapa yang berputus asa sentiasa memilih mahu kebaikan. 

       ini antara kasih sayang Allah yang besar untuk manusia,


       kita yang memilih, 


       namun balasan tetap wujud pada pilihan kita...


berbalik pada diri kita, adakah kita percaya atau pun tidak dengan balasan terhadap kita. 












3 comments:

  1. Dia yang mencipta Dia yang mengambil kita semula. Allahu .

    ReplyDelete
  2. Begitu syg ALLAH swt pada hambaNYA...nmun kta sering lupa akn kasih syg ALLAH swt...stiap kali kita lupa...ALLAH swt akn ingtkn...MasyaALLAH....sungguh besar kasih sayangMU YA ALLAH...

    ReplyDelete
  3. ujian Tuhan kepada semua insan adalah kehidupan ini...yang baik menjadi tuntutan yang buruk di jauhkan...Syurga yang di janjikan bukanlah suatu hayalan tentang nikmat berpanjangan Ilahi...neraka yang tercipta menghimbun azab derita tangisan kesengsaraan insan...Syurga adalah kelazatan terbentang buat hamba beriman...yang kasih kan Tuhannya..yang kasihkan Rasulnya...yang kasih Agamanyaaaaaaa....

    ReplyDelete